Seri Pengumuman

Seri Admin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SK Seri Gading. * Berhati-hati ketika memandu Ingatlah orang tersayang.

~A Trip to Kuala Lumpur-Part 1~

Thursday, November 11, 2010
 Lawatan ke Kuala Lumpur pada kali ini nyata memberikan pelbagai pengalaman kepada murid-murid tahun 6 dan guru-guru pengiring yang terlibat. Tahun ini, murid-murid ini diberi peluang menaiki komuter dari stesen Serdang ke stesen Kuala Lumpur. Macam-macam yang terjadi. (^____^). Nasib baik la singkat saja perjalanan tu. Agaknya kalau naik dari stesen Seremban, ada yang tertidur hingga ke stesen Rawang atau Sentul dan patah balik ke Seremban. 

Ada yang turun salah stesen, nasib baik sempat masuk semula ke komuter sblm ia bergerak. Ada yang masuk ke gerabak yang dikhaskan untuk wanita, nasib baik ada mat-mat bangla yang menemani. Hehehe.

~UPSR 2010~

Pagi-pagi lagi Seri Admin merangkap S/U Peperiksaan dah bersiap-siap dengan laptop, senarai nama murid hikmah dan disket sekotak yang dibekalkan oleh kerani SK Seri Gading. Amboi, ni perli ke apa~ skali sekotak dia bagi ha~. Dalam pada mengangkut segala kelengkapan ke kereta, baru teringat portable floppy A tak ada. Terpaksa la ke sekolah dulu sebelum ke SMK Syed Esa. 

Entah kenapa, hati tidak la pulak berdebar-debar macam tahun lepas. Relax je. 

Seperti biasa pegawai Unit Peperiksaan PPD Batu Pahat akan menunggu sehingga mendapat 'green light' dari PPD sblm menyerahkan disket yang mengandungi analisis keputusan UPSR kepada kami. Aduhai~

Tepat jam 9.15pg, disket pun di serahkan ke tangan kami. Baru je Seri Admin memasukkan disket ke floppy A, telefon berbunyi. HM yang menerima senarai cetak keputusan UPSR terus melaporkan keputusan kepada Seri Admin. 
"15 orang 5A" Seri Admin bertanya lagi "Berapa orang cikgu?""15~~
Seri Admin terus tersenyum. Jangkaan HM menjadi kenyataan. Tahniah kepada murid-murid SK Seri Gading. 
Seri Admin paling gembira apabila melihat peratus pencapaian BI untuk tahun ini. 89.87% meningkat sebanyak 3% dari tahun lepas. Senyum meleret sampai ke telinga Seri Admin minggu ni nampaknye~

~Pasca UPSR 2010~

Wednesday, October 27, 2010
Seri Admin memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog~~
OK, berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid-murid Tahun 6 selepas mereka berhempas pulas memerah otak menjawab soalan UPSR yang lepas. Pihak sekolah telah merencana pelbagai aktiviti untuk mereka dan diharapkan aktiviti-aktivit ini dapat memberikan pelbagai pengalaman untuk mereka. 

SAMBUTAN HARI RAYA~Jumaat, 24/10/2010~
berebut cikgu-cikgu nk bergambar dengan Shah Rukh Khan ni!
Sambutan Hari Raya peringkat sekolah ini adalah acara tahunan sekolah kami. Guru-guru akan berkunjung ke setiap kelas dan bermarhaban bersama-sama murid kelas tersebut. Antara puluhan gambar yang Seri Admin terima, gambar diatas amat menarik perhatian kami. Hehehe..The one and only non-muslim yang sangat sporting. Siap pakai baju melayu lagi.

To be continue~~

Sukan Aerobik 2010

Thursday, August 5, 2010
Pada hari Rabu, 21 Julai 2010 yang lepas, SK Seri Gading telah menghantar satu pasukan Aerobik dalam Pertandingan Sukan Aerobik Peringkat Daerah Batu Pahat, Johor di Batu Pahat Mall. Walaupun ini adalah penyertaan kali pertama SK Seri Gading dalam pertandingan ini, mereka telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 7 sekolah yang bertanding.

Tahniah diucapkan kepada Pn Noor Lina, Pn Noraishah dan Cik Suzana yang telah bertungkus lumus melatih pasukan ini setiap hari. 

Jamuan Akhir Tahun 2009

Thursday, July 29, 2010
Jamuan Akhir Tahun Kelas Tahun 6
Jamuan di adakan di CANTEENRINA, 
SK Seri Gading.
Afika Sulaiman selaku Ketua Pengawas sessi 2009 menyampaikan kata-kata penghargaan kepada guru-guru SK Seri Gading.




Mmm.. rasanya tahun ni lah paling banyak dapat kek masa jamuan..

Terima kasih!


Antara penyeri pada hari itu ialah kek-kek yang pelbagai perisa yang disumbangkan oleh para ibu bapa murid-murid tahun 6.


First Entry

Salam 1 Malaysia,

Ini adalah entry percubaan.