Seri Pengumuman

Seri Admin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SK Seri Gading. * Berhati-hati ketika memandu Ingatlah orang tersayang.

~Selamat Berpuasa~

Tuesday, August 2, 2011
Seri Admin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SK Seri Gading dan para ibubapa. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada kita semua. Doakan semoga anak-anak didik Tahun 6 2011 mendapat kejayaan yang gilang gemilang dalam UPSR nanti. Amin.

UPPM 3

Monday, July 25, 2011
Salam 1Malaysia,
Disini Seri Admin attached kan link untuk muat turun Jadual UPPM 3.

Seri Admin mewakili semua warga SK Seri Gading mendoakan semoga murid-murid Tahun 6 diberi ketenangan hati dan ilham-ilham bernas untuk menjawab soalan-soalan UPPM 3 nanti. Amin.
JADUAL UPPM 3

Watikah Perlantikan Pemimpin Kecil 2011

Thursday, February 24, 2011
Isnin, 21 Februari 2011
Lembaga Pengawas Sekolah 2011
Pembantu Pusat Sumber Sekolah 2011
Pembimbing Rakan Sebaya 2011

Program The Star, Jantung Hatiku 2011

Thursday, February 10, 2011
Program The Star Jantung Hatiku 2011 telah dilancarkan pada 24 Januari 2011 oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Yusnita bt Mohamad. 

 Program yang dijalankan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk memberi galakkan dan motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR agar dapat bersaing secara sihat dalam bidang akademik dan sekaligus dapat meningkatkan peratus keseluruhan sekolah dan bilangan murid cemerlang pada tahun ini.
 
Murid-murid The Star adalah terdiri daripada murid-murid yang dijangkakan akan mendapat 5A dan bilangan mereka akan bertambah dari masa ke semasa. Untuk permulaan, seramai 15 orang murid telah terpilih dan mereka ini menggalas tanggungjawab untuk meningkatkan kuantiti ataupun bilangan murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2011.
Manakala Jantung Hatiku adalah terdiri daripada murid-murid kelas terakhir yang berpotensi untuk lulus dalam semua matapelajaran UPSR. Bilangan mereka ini akan berkurangan dari masa ke semasa bergantung kepada pencapaian UPPM 1, 2 dan 3 mereka nanti.

Warna-warni 2010

Thursday, January 6, 2011
Rasanya belum terlambat kalau Seri Admin nak buat recap aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010 SK Seri Gading kan?


~A trip to Kuala Lumpur-Finale~

credit to wikimedia.com
Naik komuter sudah, melawat Taman Burung pun sudah, seterusnya kami ke Museum Kesenian Islam. Aman damai je suasana disini kerana kami semua telah diingatkan agar bersopan ketika berada didalam kawasan museum, selain itu kami juga diingatkan agar tidak menggunakan flash ketika mengambil gambar kerana ia boleh merosakan artifak-artifak yang ada. 

Pelbagai jenis artifak hasil karya orang Islam dari serata dunia dipamerkan disini. Begitu indah karya seni mereka hinggakan ianya dapat bertahan sehingga hari ini. Seri Admin paling tertarik dengan tulisan khat yang dihasil oleh orang Islam China ini.





Lama jugak la Seri Admin membelek tulisan-tulisan khat disini. Selain itu terdapat pelbagai senjata yang bersalut emas dan bertahtakan batu permata dan zamrud dipamerkan. Tapi Seri Admin simpan gambar-gambar tersebut buat koleksi peribadi. Kalau nk tengok, kena la pergi sendiri ke Museum Kesenian Islam tu ye.

~A trip to Kuala Lumpur-Part 2~

Ah~ Akhir nya dapat juga Seri Admin duduk dan mengadap blog ni. OK, bahagian 2 lawatan ke Kuala Lumpur. Sebaik sahaja kami turun di perhentian Kuala Lumpur, kami terus menaiki bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu, Taman Burung Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan Taman burung yang terbesar di Malaysia. Dipercayai terdapat lebih dari 2,000 ekor burung pelbagai spesis terdapat di sini. Termasuklah burung nuri, enggang, serindit, kakak tua, kuang dan bangau. Seri Admin paling terpesona dengan kecantikan burung merak ni.
credit to hazel-saranghanikka.blogspot.com
Ha, ni gambar yang Seri Admin ambil sendiri pakai mobile phone. Seri Admin amat teruja bila dapat tengok merak ni depan mata. Yelah, selama ni tengok kat zoo, burung-burung ni tinggal dalam sangkar kan. Kat sini, semua burung terbang bebas. Boleh dipegang kalau yang jinak. Cakap pasal jinak, anak murid Seri Admin ada yang berpeluang memberi makan burung-burung ni.
Laili antara yang sempat dan berani memberi makan pada burung-burung ni. Tengok la tu, sampai bertenggek di kepala. Yang menjerit-jerit, lain la pulak cerita nya kan. 
Taman burung ini sangat luas. Penat jugak meneroka semua bahagian, tapi kami puas hati kerana dapat melihat sendiri burung-burung ini dari dekat.